• Raya Stail Anasyg : Bhg 1

    Assalamualaikum 

    Apa khabar korang2? Aha, akhirnya muncul gak Anasyg ni ye. Seminggu menghilang, ramai gak tanya2 kat Shoutbox tu, lagi2 bdak NI, rajin sungguh menyinggah, dan kepada penyinggah2 laen, terima kasih Anasyg ucapkan. Sorrylah, tuan blog takde kat umah, gi beraya je kejenya seminggu ni. Hey, kata pun beraya kan. Tp adalah jugak, kalo rajin lagi tengah2 malam tu Anasyg sempatlah blogwalk jalan2 tengok2 baca2 usha2 entri raya korang. Meriah masing2 ye. Tu tak masuk lagi baju raya masing2, lip lap lip lap, kalah kak Ramlah. Seronok tengok gambar raya masing2, ada yg posing2 depan tangga kg, posing kat ruang tamu tu wajib-ul-ghunnah, dan tak lupa, yg posing dlm toilet mall. *apakes ni? geleng2. Paling Anasyg suka tengok, kalau satu famili tu pakai baju sedondon, atau satu tema warna, pergh-mmg cantik je mata memandang. Serius tak tipu, ala2 sweet je family tu sepakat ramai2 pakai baju warna sama. Mcm family Anasyg sendiri, mmg start tahun lepas, kitorang sedondon je. Baju hijau semua, ni kes kitar semula sbb baju tu time majlis walimatul-urus Along Anasyg, so tahun tu jugak, masing2 malas nak cari baju lain, penjimatan yg bernas dan #fakta: baju tu baru pakai sekali, end up pakai sedondon raya tu. 

    Tp tu citer raya taon lepas, kalo nak tengok gambar kitorang Photoshoot Aidilfitri 2011 boleh klik SINI dan SINI. Enjoy k. 

    Cerita Raya tahun ni, agak berlainan. Hehe, persiapan raya tahun ni up skit dari tahun lepas. Alhamdulillah, family ada rezeki sikit, so boleh la buat home furnishing lebih skit. Alah, tak banyak, lebih skit je k. Rujuk gambar kat bawah ni. 


    Siapa yg follow blog ni maybe dah taulah kut achane nak buat bunga2 lamp-deco tu. Full tutorial ada kat SINI k. Sebenarnya rak tu sampai ke lantai tau *gitu. Haha, taklah, ada lagi 4 keping kayu tu kat bawah. Yg lamp deco tu, sebelum ni kalo korang tengok, takde adbans2 sampai ada warna hitam putih bagai, hehe itu da di-improvise-kan. Semua ni adalah HANDMADE, kira bahan2 je beli kat kedai, tp susun aturnya pasang-masangnya semua sendiri. Adalah dalam dua minggu gak nak siapkan rak2 tu, yelah mana nak drill lagi, nak skru ke dinding lagi, nak skru ke kayu tu lagi. Yg lamp-deco tu plak senang je. Tp still kitorang drill ke syiling takut dia tanggal. 

    Ok da. Jgn nak eksited sgt tengok hiasan tulah, rumah Anasyg biasa2 je. Tahun ni, kitorang buat lain skit dri segi layanan tetamu *hee. Tetamu tertentu je boleh masuk umah, kejam tak? Tak, ini utk memudahkan korang gak. Semua tetamu2 raya Anasyg semua duk luar, bukan duk kat jalan tar tu k, semua kerusi2, sofa2 semua bawak luar. Sbb abah cakap, kat luar banyak angin, kat dalam panas. *katanya. Lgpun, rumah Anasyg ni sempit je, tak besar banglo banglo cam umah korang tu. Teres tepi jalan je umah saya ni, *merendah diri. So, kat luar tu terasa luas skit. But still, kalo nak masuk dalam umah, boleh je. Tp duduk atas karpet-bersilalah. Hehe, kat dalam ada TV. Meh masuk meh. 

    *Bilalah dia ni nak citer pasal Raya dia ni? Asyik dok citer pasal rumah je. Eh, tak pasanlah weh. Sorrylah. So raya? Kenapa dgn raya? Raya jelah, apa masalah? Haha, raya pertama Anasyg mmg stail, sbb? Duk umah. Haha, pg2 lepas semayang raya tu da ada org bagi salam bertandang. Selalunya, org2 yg dtg berkunjung awal2 ni, diorang akan bertolak balik kampung pagi tu jugak, so sebelum diorang balik kampung tu, diorang singgah ke rumah yg ada org dulu. Aha, cam jiran Anasyg tulah, dia nak balik kampung pagi tu, so dia singgah dulu. 

    Dalam pukul 11 lebih baru boleh relax2, mkn2 ketupat *tak payah nak makan sangatlah. Alkesahnya, gigi Anasyg ni ta berapa nak elok lg, lepas kena tampal hari tu (gigi kena tampal ni takde entri ye, harap maklum), then kesan kena tampal tu buat gusi Anasyg bengkak utk 2 hari sebelum Raya. Sampai ke hari ni, Alhamdulillah dah elok sikit, tp still takleh nak kunyah benda keras2 sgt guna gigi yg baru ditampal tu. (dia masuk citer gigi dia plak)

    Ok, back to Raya. Lepas da settle semua da mkn2, tibalah masa bersalam-salaman, bermaaf-maafan. *ni favorite moment ni. Selalunya org bermaaf-maafan lepas semayang raya tu, tapi nak wat achaner, dah ada org dtg, postponelah jap, takkan nak dihalaunya org tu. Aisyh, tak elok beno perangai kamu tu. Start tahun lepas, part nak bersalam-salaman ni mmg mengundang tangisan dan sebak betul. So, tahun ni ada buat bet gak ngan sepupu, yg Anasyg akan menangis lagi. Then, dia pun terima cabaran yg dia pun akan nangis tak ingat dunia gak. 

    Peluk Opah : She's ma second dearest woman in ma life, after ma mom. 
    Hah, nilah ma Achik. Tu anak kesayangan dia. Sepupu ketatku. Sajaklah ko jah, kalahkan Mentor.  Takde snap dr depan. Coverina lah tu, kalo snap dr depan kompem2 tengah berjejeran air hidung u tu. Ngee
    Sepanjang circle bersalaman tu, semua adik beradik duk gurau senda, siap bg award. Artis Lelaki Drama Tersajak jatuh kpd Anasyg, dan Artis Perempuan Drama Tersajak jatuh kpd sepupu Anasyg. *sajak tu maksudnya, alah, korang pandai2 pklah apa maksudnya. Dia seerti ngan Meriah kau Shira. Hah, camtulah lebey kurang. Ol n ol, yg paling Tersajak pg tu ialah, Ma mom, ma Opah, ma Achik, me myself ngan ma sepupu. Yg lain boleh gelak ketawa lagi, haha-Anasyg rasa, mmg genetik sedih2 sebak2 ni da dalam diri ini sejak azali lagi *katanya. 

    So, wrapping things up. Lepas bersalam-salaman, masing2 bersiap utk Photoshoot. Nak tengok koleksi gambar Photoshoot 2012 Anasyg n famili? Kat fb da publish *rugi sapa tak add. Ahaks ^^, nahlah satu je Anasyg bg. Full album tunggu Mr. Editor habis edit k. Bhg kedua nnt nak citer pasal raya kedua ngan ketiga. Anasyg berjalan ke Perak dan Pahang. Nntlah Anasyg publish k.

    Klik gamba utk tatapan DAEBAK

    20 comments → Raya Stail Anasyg : Bhg 1

    1. finally anas...hehe..

      pagi pagi raya time bersalaman tu sebak rasa kan..hmm, teringt arwah nenek2 and atuk2 tin...hm, jaga n syglah dorg time dorg ada ni..

      pasal gigi tu, nnti pergi clinic lagi sklai anas..dh seminggu tu sakitnya..xdapek nk mkn sesedap neh.hehe..

      btw, cntek pic, berbaloi menungguuuuu.hehee..!

    2. sewonoknyerrr
      1 family sporting bergambar tepi pantai

    3. lepas nampak comment gedabak anas dekat blog sha.terus masuk ke blog ni tengok apa ada. akhirnya hupdate juga.meh sha pula nak komen pepanjang.yang INI tu ialah pengomen tegar ye. hahaha.sha suka gila bab y lamp-deco tu.sumpah cantik sangad.bestnya ada opah lagi.jaga leklok tau.siapa yang pakai songkok tu?hensem lha.bab gigi tu kesian sangad dekat anas.takpe nanti lelama key lha tu.haha.bestnya pakai baju sedondon semuanya.sweet sangad family anas.nice photoshoot.selamat hari raya ke-lapan anasyg :D

    4. Daebak gambar family tu, daebak! Kalah Oppa Gangnam Style. Kih kih.

    5. sgt seronok beraye ke?? hehehe gambar2 yg sgt3 menarik utk dilihat hehehe oleh kern bru rye kelapan, still boleh ucap lagi selama hari rye lah kan hehehe jgn lupe beraye kat johor gak hehehe :P

    6. danggg ! terlambat folo blog anas. kalau tak raye tahun ni dpt tiru deco lampuu tu. uwaaaa kena buat utk tahun depan lah camni. btw, cik nana pun minat deco2 rumah. jom singgah blog, tgk ' wall stencil DIY ' cik nana pulak ;)

    7. menarik deco raya anda

    8. anas !
      thanks po da links..ak nk deco2 jgk..mama aku yg eksited ni..

      seronok tgk ko beraya :)

    9. Seronok tengok hang beraye same family hang.
      Pandai eh hang buat deco2 ni. Aku pon nak buat jugak, tapi confirm kelaut. Hahah.
      Btw, aku kalau time mintak2 maaf ni aku nak ternanges jugak, tapi aku cover2 macho. Kah2.

      And lastly, Stailll la gambar family hang kat pantai tu.
      Memang Awesome. Hewhew.

      Sekian.
      Kamal Hewhew. :))

    10. @Qaseh Dania: hehe, finally ye. :) terima kasih sudi tunggu. Pasal gigi tu da malas nak pk sgt da thin. Hehe

    11. @bukankosong: nnt rash ajak sefamili buat gini gak k

    12. @Sha Messy: sumpah cantik? hehe, thanks sha. nnt try buat k. Siapa yg pakai songkok? ada 4 org tu. hehe. Thanks sha, sweet gak family sha.

    13. @Fel: daebak ke? hehe thanks fel

    14. @Only Shafiq: terima kasih bang. Boleh je, insyaALLAH kalau abg belanja 100%, adik on je nak pg mana pun. :)

    15. @cik nana: oloh, takpe2 cik nana, nnt ada raya haji-boleh deco lagi k. hehe

    16. @W. Hidney: terima kasih W.Hidney

    17. @SaddLone: sama2 saddlone. :)

    18. @Kamal Lee: seronok? hehe, meh beraya sama anasyg meh. Oh, itu abg aku yg buat. Dan bab nangis2 ni aku tau sgt da kau tu mmg cover2 je lebih. :)

      Terima kasih Kamal hewhew

    19. Hah! This is what I've been waiting for. Look at him. Macam retis youu. Terbaekk.

      p/s: Oh, and I dah tengok you punya full pix on this one. Ohsemm. (=

    20. owwsemmm terbaikk laa anas =)