• Saintis : Bahagian 1

    Ada lah sikit2 hujan rintik tu kena muka aku. Rasa macam kena sembur dengan air paip masa mandi lepas main hujan zaman kecik2 dulu. Kalau hujan lebat je, aku dengan adik akan keluar rumah, hiraukan guruh, kilat, petir sabung menyabung, redah je hujan lebat, dan tenggelam dalam air hujan yang mencurah-curah habis lencun satu badan. Kau bagilah tak kira hujan pagi, tengahari, petang, maghrib, waima tengah malam, aku dan adik akan ambil peluang tu untuk sama2 merasai nikmat mandi hujan. Dan kesannya?

    HOI! BERTUAH PUNYA ANAK! 

    Oh, tu suara Mak Chu, dia punya tengking lagi hebat dari halilintar, dia punya marah lagi kuat dari kilat, sekali dia hayun rotan lagi laju dari ribut lagi sakit dari kena panah petir. Pedih berbirat kena rotan? Haha tak payah la aku tulis dekat sini. 

    Mak Chu jaga aku dengan adik dari kecil selepas mak dengan ayah tinggalkan kitorang. Yup, tinggalkan. Bukan meninggal dunia, bukan accident ke, apa ke, tak, diorang tinggalkan kitorang dekat Mak Chu sebab diorang tak mampu nak jaga kitorang berdua. Nak cakap aku anak manja lebih2 tak jugak, cuma cukup makan paling tidak tiga kali sehari pun dah memadai. Daaaan aku pun dah lupa macam mana diorang tinggalkan kitorang dekat Mak Chu. 

    Nasib ada Mak Chu, walaupun garang tapi dia jugaklah yang besarkan kitorang sampai jadi manusia. Mak Chu cakap, jangan simpan dendam dekat mak ayah sebab diorang ada alasan sendiri kenapa diorang tak nak jaga kitorang. Tapi itu cerita tiga puluh tahun lepas. Sekarang aku pun dah kerja, dah ada rumah sendiri, kereta sendiri, cuma belum kahwin je. Adik aku dah kahwin. Dengan lelaki hensem kaya berkerjaya. Ha eloklah tu, harapnya laki tu jaga dia elok2 dan tak tinggalkan anak dia nanti. Tapi adik takde anak lagi so, aku tak perlu risau bahagian tu. 

    Aku kerja pembantu makmal. Bukan doktor bukan jururawat, tapi pembantu makmal, dekat Institusi Penyelidikan Perubatan, gaji lumayan kerja stress tu biasalah, tapi aku tak gembira. Sebab setiap hari orang akan pandang serong dekat aku, sebab fizikal aku besar. 

    Tinggi aku 172cm dan berat aku 114kg. Tinggi dan berat. Tinggi dan gemuk. Semua orang akan terpana tengok aku pandu kereta mewah aku, tapi bila aku keluar dari perut kereta dengan perut aku ke depan, semua orang pandang aku macam aku seekor babi yang pandai memandu kereta. 

    Di penghujung hari, aku akan rasa kecewa dengan diri sendiri. Kenapa aku gemuk. Kenapa aku besar. Kenapa orang pandang aku serong? Pernah aku bercita-cita nak kuruskan badan, mulakan plan diet dengan rutin senaman ringan, tapi bila aku start berjogging tak sampai lima minit aku dah mengah, tak boleh bernafas, sampai muka aku kebiruan sebab tercungap tak cukup nafas. Dah macam kena asma, balik kena cari nebulizer. Tapi aku takde asma pun. Cuma malam kalau tidur, aku akan berdengkur yang maha kuat. 

    Aku baru jumpa pintu kecemasan ke satu tangga rahsia. Tangga ke bahagian bumbung bangunan kesihatan ni. Daki tangga dah mengah, aku kuak pintu dan...

    Saintis : Bahagian 1 Tamat

    0 comments → Saintis : Bahagian 1