• Saintis : Bahagian 4

    Jet angkat sedikit kepala ke arah Ros. Kemudian Ros unjurkan kaki ke depan, dan dia TERAPUNG!

    “Bob…”

    “SIAPA?! SIAPA KORANG NI?” Menggeletar lutut aku bila tengok Ros terapung depan aku, tapi roman dia masih tak berubah. 

    “Ros dengan Jet muncul dari panggilan nubari Bob.” Aku tertelan lidah sendiri. “Kenapa Bob naik atas bangunan ni?”

    “Terang lagi bersuluh kau nak terjun bangunan kan?”

    Aku tak mampu nak balas pertanyaan Ros dan Jet. 

    “Bila Bob naik atas bangunan ni dengan niat nak terjun, sebenarnya Jet dah lama keluar dari nubari Bob, tapi bila Bob tengok pemandangan yang cantik, niat Bob terbantut dan Bob terasa nyaman, tika tu, Ros pulak keluar dari nubari Bob”

    Angin semakin kuat. Aku hampir hilang keseimbangan.

    “Korang tak wujud, korang cuma bayangan, korang ni setan yang nak menghasut aku untuk terjun!”

    “Tiada siapa yang menghasut sesiapa di sini. Kami muncul dari nubari Bob, itu sahaja.”

    “Kami hanya mainkan peranan kami. Ros on the good side, dan aku.”

    “BOB.” suara Ros meninggi. “Walau apa pun yang Bob fikirkan sekarang, jangan teruskan niat tu.”

    “Apa yang korang merepek ni?”

    “You have two choices here Bob. You have Ros, and you have me. You have your fear, and the solution. We’re both animals to you. The difference is, who do you feed?”

    AAAARRRRGGGGHHHH!!!!

    Satu suara jeritan nyaring memecah perbualan kami bertiga.

    Mata aku tercari-cari punca suara jeritan nyaring tadi. Ros dah tutup mulut tapi Jet tarik nafas kepuasan. Kedua mereka memandang aku. Ros dengan penuh penyesalan, seakan sedih, tapi lebih kepada kecewa dan Jet datang mendekati aku, tepuk belakang aku dan tersenyum puas. Dia kemudian bertukar warna kehitaman dan satu portal besar muncul di hadapan dia. Tangan kanan dia lunjurkan kedepan dan sebatang tongkat serampang tiga muncul dalam genggamannya kemas. Dia kemudian suakan tangannya ke depan menjemput aku berjalan dahulu. 

    “Bob…” suara Ros perlahan. Aku masih keliru. Permainan apa yang mereka mainkan dihadapan aku? Mata aku yang melilau akhirnya tertancap ke arah bawah bangunan. Dan mata aku terbuntang luas. Aku nampak jasad aku yang maha besar terbaring, terbujur kaku atas jalan raya dengan baju kemeja aku penuh darah kesan dari luka besar di kepala aku yang terhentak atas jalan tar, tulang siku aku terkeluar dari tangan dan kaki aku terlipat ke atas. Aku terjatuh, ngilu melihat badan sendiri atas jalan raya. Bila masa aku terjun? Bila masa aku lompat? Aku lihat keadaan diri aku sekarang, aku dah mati? Jadi aku sekarang apa? Roh? Melihat jasad sendiri yang sudah tidak bertakung nyawa? 

    Ros bertukar keputihan, satu badan dia putih dan sepasang sayap indah muncul dari belakang badan dia. Masih menggeleng dan menekup muka, aku nampak dua tiga butir air mata dia jatuh berlinangan. Jet masih setia menunggu aku untuk bertapak masuk ke dalam portal yang baru muncul di hadapan kami. 

    “Aku akan dibawa ke neraka?”

    “You’ve made your choice. You gotta go” suara Jet berubah sedikit garau, tapi senyuman dia yang tadi sudah berubah sedikit menggerunkan dan menakutkan, aku boleh nampak gigi taring dia tersembul keluar dari mulut. Jet menyua tangannya ke depan. Selangkah aku angkat kaki ke depan, aku tidak lagi jatuh ke daratan kerana graviti, aku akan terapung kerana aku pun sudah meninggal dunia, dan sekarang aku dalam payungan keliru kenapa aku dapat melihat Ros, Jet dan diri aku sendiri terjun dari bangunan empat tingkat ni. 

    Saintis - Selesai

    AUTHOR’S NOTE: Saintis masih belum menemui jawapan kepada penyakit paling merbahaya di atas muka bumi ini. Mereka hanya berjaya mencipta pil dan kapsul untuk mengurangkan penyakit tersebut dari berlanjutan. Jika anda mengenali mangsa dari kalangan rakan2 anda yang mengalami depresi, berikan sokongan kepada mereka sepenuhnya. Depresi membunuh dari dalam dengan senyap.

    0 comments → Saintis : Bahagian 4